Kren terbalik, pemandu patah kaki kiri


ANGGOTA bomba sedang mengeluarkan pemandu kren yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu di Alam Damai, Cheras di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki patah kaki kiri selepas kren yang dipandunya terbalik dalam satu kejadian berhampiran Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai, Cheras di sini hari ini.


Jurucakap pusat gerakan operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.54 pagi sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras dan Tun Razak dikerahkan ke lokasi kejadian.



“Sebaik tiba pihak bomba mendapati seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun tersepit di bahagian tempat duduk pemandu kren seberat 26 tan itu.


“Pihak bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa susulan kaki kirinya tersepit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Menurutnya lagi, mangsa selamat dikeluarkan pada pukul 9.50 pagi dan hasil pemeriksaan awal mendapati kaki kirinya patah.


“Mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan lanjut,” ujarnya. – K! ONLINE.


Sumber: Kosmo


#evolusibina #kren #Cheras #KualaLumpur

256 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.