top of page

Kartel tender: Sistem cut-off masih relevan - JKR


KUALA LUMPUR 8. – Jabatan Kerja Raya (JKR) menegaskan kaedah sistem cut-off yang diguna pakai dalam penilaian tender mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.


JKR dalam kenyataan bagi menjawab isu tersebut berkata, kaedah sistem cut off telah dipersetujui Kementerian Kewangan untuk diterapkan dalam sistem penilaian tender dan diguna pakai oleh semua kementerian.


“Dengan menggunakan sistem cut-off, JKR telah berjaya membendung isu ketirisan berbanding kaedah perolehan kerja lama yang berasaskan anggaran Jabatan semata-mata mahupun penilaian berasaskan harga terendah.“Isu kewujudan kartel boleh wujud dalam apa jua kaedah penilaian tender. Kewujudan kartel ini berlaku apabila seorang kontraktor menggunakan lesen kontraktor yang berlainan untuk membeli beberapa dokumen tender dan seterusnya memasuki tawaran tender,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Pada 6 Januari lalu, Mingguan Malaysia dalam laporan eksklusif mendedahkan kewujudan kartel tender yang membarah teruk sehingga menafikan peluang kontraktor kecil selain menyebabkan kerajaan mengalami kerugian apabila sesuatu projek dijalankan.


Sumber: Utusan


121 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page