top of page

Johor sediakan RM17.2 juta hadapi Monsun Timur Laut


Johor sediakan RM17.2 juta hadapi Monsun Timur Laut
Gambar hiasan: Kejadian banjir besar ngeri yang pernah melandai negeri Johor

Johor sediakan RM17.2 juta hadapi Monsun Timur Laut

Johor Bahru : Sebanyak RM17.2 juta peruntukan diluluskan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kepada Johor, sebagai persediaan penyelesaian jangka masa pendek Monsun Timur Laut di negeri ini.


Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, daripada jumlah itu, RM10.4 juta diperuntukkan bagi perolehan pam bergerak sebanyak 24 unit di beberapa lokasi terpilih.


Katanya, manakala RM6.88 juta pula diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur saliran seperti membaiki kerosakan tebing dan mendalamkan sungai.


"Kerajaan negeri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kerana meluluskan peruntukan sebanyak ini.


"Ia amat membantu dalam membuat persediaan penyelesaian jangka masa pendek melakukan kerja penyelenggaraan termasuklah mendalamkan sungai.


"Bagi penyelesaian jangka masa panjang, kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1.6 bilion bagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), yang melibatkan beberapa kawasan seperti di lembangan Sungai Muar, Segamat, Bandar Batu Pahat dan Lembangan Sungai Johor, Kota Tinggi," katanya dalam media sosial di sini, hari ini.


Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan Persekutuan bersetuju memilih Johor sebagai tuan rumah Asia Pacific Climate Week (APCW) 2023.


Katanya, konvensyen yang membabitkan 2,000 delegasi dari 150 negara ini tentunya akan meletakkan Johor dan Malaysia di mata dunia dalam membincangkan usaha menangani isu global perubahan iklim.


Sumber: Harian Metro


Johor sediakan RM17.2 juta hadapi Monsun Timur Laut


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page