Johor negeri pertama guna teknologi air terawat untuk industri pusat data
- Ridhwanisme
- Aug 11
- 1 min read

JOHOR BAHRU, JOHOR
Johor Negeri Pertama Guna Teknologi Air Pulih Guna untuk Industri Pusat Data
Negeri Johor menjadi perintis penggunaan teknologi rawatan air kumbahan untuk dijadikan air berkualiti tinggi bagi kegunaan sistem penyejukan pusat data.
Langkah ini dilaksanakan melalui tiga perjanjian strategik antara Johor Special Water (JSW) Sdn. Bhd. dan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd.
Kapasiti dan Skop Pembekalan
IWK membangunkan pembekalan 12 juta liter sehari (JLS) efluen terawat kepada beberapa loji air pulih guna milik syarikat pusat data seperti Bridge Data Centres (BDC) dan Computility Technology (Malaysia).
JSW pula membekalkan sumber air alternatif kepada Dayone Data Centre Malaysia II Sdn. Bhd.
Projek BDC di Ulu Tiram menerima 4 JLS efluen terawat dari Loji Rawatan Kumbahan JB-Pelangi (JBR005) untuk penyejukan pusat data.
Peranan Kerajaan Persekutuan & Negeri
Usaha ini menjadi mercu tanda penting dalam memastikan pertumbuhan mampan sektor pusat data tanpa menjejaskan bekalan air mentah.
Kerjasama ini turut menyokong agenda penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan sumber air alternatif.
Pelaburan & Potensi Ekonomi
Sehingga suku kedua 2025, Johor telah meluluskan 42 projek pusat data bernilai RM164.45 bilion, mewujudkan lebih 6,000 peluang pekerjaan.
Terdapat lebih 50 permohonan, dengan tujuh projek baharu memerlukan kapasiti sehingga 76 JLS.
Jumlah permintaan bekalan air alternatif sehingga 30 Jun 2025 mencecah 136 juta liter sehari.
Kepentingan Strategik Johor
Johor dilihat sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini untuk industri pusat data kerana infrastruktur, dasar kerajaan yang menyokong, dan inisiatif kelestarian.
Semua projek dipantau oleh Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Pusat Data Negeri Johor bagi memastikan pematuhan kelestarian sumber.
Media Digital Johor | Muhammad Imran Mohd Razib
Comentários