top of page

JKR peruntuk RM1.7 juta baiki jalan Balik Pulau – Teluk Bahang


JKR peruntuk RM1.7 juta baiki jalan Balik Pulau – Teluk Bahang

JKR peruntuk RM1.7 juta baiki jalan Balik Pulau – Teluk Bahang

GEORGE TOWN – Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) telah meluluskan peruntukan RM1.7 juta untuk membaiki jalan FT006 iaitu jalan mengelilingi pulau dari Jalan Balik Pulau ke Teluk Bahang yang runtuh akibat hakisan tanah.


Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, kerja-kerja pembaikan akan dilakukan menggunakan kaedah Soilnail Tieback Wall bagi kedua-dua cerun yang telah runtuh.


“Skop kerja-kerja pembaikan meliputi Micropile, Soilnailing, Retaining Wall, Backfill, Drainage, Resurface & Guardrail.


“Kerja-kerja ukur dan penyiasatan tanah (SI) juga sedang berjalan dan dijangka siap dalam masa terdekat.


“Data SI yang diterima akan direkabentuk berdasarkan kepada keadaan semasa di tapak dan kestabilan cerun sebelum kerja pembinaan akan terus dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Tambah Zairil, tempoh pembaikan jalan itu dianggarkan berlangsung selama tiga hingga empat bulan.


“Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif lain sama ada melalui Jalan Tun Sardon – Balik Pulau atau Jalan Teluk Kumbar – Jalan Balik Pulau,” katanya.


MalaysiaGazette pada 10 Julai lalu melaporkan sebahagian Jalan Mengelilingi Balik Pulau – Teluk Bahang ditutup kepada orang awam dan semua kenderaan bermula hari ini.


Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, penutupan sebahagian laluan itu dilakukan susulan kejadian cerun runtuh.


Katanya, penutupan itu susulan kejadian cerun runtuh akibat hujan lebat yang berlaku sejak 1 Julai lalu.



JKR peruntuk RM1.7 juta baiki jalan Balik Pulau – Teluk Bahang

12 views

Comments


bottom of page