top of page
Search

JKR sudah siap laporan penuh tragedi Batang Kali


JKR sudah siap laporan penuh tragedi Batang Kali
Kejadian tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor

JKR sudah siap laporan penuh tragedi Batang Kali

MELAKA – Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah menyiapkan laporan penuh tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 31 nyawa di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lalu.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, laporan itu bagaimanapun belum dapat dibentangkan kepada Jemaah Menteri kerana masih menunggu ulasan daripada agensi lain yang berkaitan.


“Di peringkat JKR kita dah buat kerja kita dan majukan (laporan) kepada agensi-agensi lain serta berharap mereka dapat siapkan ulasan secepat mungkin.


“Laporan dah siap tapi belum dikemukakan kepada mesyuarat Jemaah Menteri kerana jalan Batang Kali tu dalam kategori jalan negeri jadi apa-apapun kerajaan negeri Selangor juga ada laporan mengenainya,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pegawai Kanan ( SOC) JKR 2023, di sini, hari ini.


Persidangan selama tiga itu disertai 420 pegawai kanan JKR yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri, jurutera daerah, pegawai kanan dan Pegawai Kader dari seluruh negara.


Majlis itu turut menyaksikan penyampaian Anugerah Kontraktor Cemerlang kepada kontraktor yang berjaya melaksanakan projek JKR serta Anugerah Inovasi JKR Malaysia serta menandatangani Dokumen Projek Kerjasama Antara JKR dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).


Ditanya adakah kementeriannya menetapkan tempoh tertentu sebelum laporan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Alexander berkata, ia bergantung kepada maklum balas daripada agensi dan kementerian terlibat.


Januari lalu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, laporan awal tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, sudah dibentangkan ke Kabinet.


Tanpa mendedahkan inti pati laporan itu, beliau dipetik berkata, laporan awal bencana tanah runtuh yang disediakan kementeriannya menerusi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dibaca oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tragedi yang berlaku pada kira-kira 2.30 pagi 16 Disember lalu melibatkan 92 mangsa dengan 31 terkorban, manakala 61 terselamat di tapak perkhemahan itu.



JKR sudah siap laporan penuh tragedi Batang Kali


6 views

Comments


bottom of page