JKR disaran sediakan garis panduan terperinci tingkat kecekapan pengurusan cerun


Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid ketika berucap di sidang media sempena Laporan Audit Tahun 2018 di Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 3 mengesyorkan Jabatan Kerja Raya (JKR) menyediakan garis panduan terperinci untuk meningkatkan kecekapan pengurusan cerun, selepas mendapati pemeriksaan penyelenggaraan rutin cerun membabitkan Jalan Persekutuan di seluruh Semenanjung Malaysia tidak dilakukan sejak 2013.


Menurut laporan berkenaan, kelemahan dalam pengurusan cerun boleh menyumbang kepada risiko keselamatan pengguna dan mengakibatkan kerugian akibat tanah runtuh.


"Kerja pembaikan cerun hanya dijalankan terhadap 497 cerun (50.3 peratus) daripada 988 cerun yang runtuh dan dimohon peruntukan.

"Peratus perbelanjaan bagi kerja pencegahan cerun berbanding peruntukan diterima adalah rendah iaitu 32 peratus," menurut laporan itu.


Mengulas lanjut, laporan berkenaan juga mendedahkan perancangan untuk melaksanakan kerja pencegahan bagi semua cerun itu membabitkan kos RM200 juta bagi tempoh 2018 hingga 2020.


"Analisis audit mendapati bagi 2018, peratus cerun disenggara adalah rendah berbanding perancangan disebabkan kontraktor tidak berupaya untuk melaksanakan keseluruhan kerja yang dirancang," katanya.


Selain itu, menurut laporan itu, turut dikesan kelemahan itu berpunca daripada ketiadaan garis panduan atau mekanisme bagi mengemaskinikan data cerun dan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC).


Katanya lagi, prosedur standard operasi (SOP) khusus perlu disediakan oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) JKR dalam pengurusan kerja pembaikan cerun.


"Selain itu, perlu dikaji semula prestasi kontraktor yang dilantik daripada aspek skop kontrak dan kapasiti kontraktor bagi kerja pembaikan dan pencegahan cerun memandangkan tempoh kontrak akan berakhir pada hujung tahun 2020," katanya.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #JKR

4 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.