top of page

Jiankun International dapat kontrak projek rumah mampu milik


Jiankun International dapat kontrak projek rumah mampu milik Berita Harian www.bharian.com.my
Gambar hiasan: Jiankun International dapat kontrak projek rumah mampu milik

KUALA LUMPUR: Menara Rezeki Sdn Bhd (MRSB) melalui anak syarikatnya, Menarez Development Sdn Bhd (Menarez) menyerahkan surat tawaran kepada Jiankun International Bhd (JKI) untuk menjadi kontraktor utama projek perumahan mampu milik 29 tingkat.


Projek perumahan itu meliputi 320 unit pangsapuri serta tujuh unit kedai di tingkat bawah.


JKI dalam kenyataan hari ini berkata, Menarez menyerahkan kontrak bernilai RM90 juta itu kepada anak syarikatnya, JKI Construction Sdn Bhd.


Pelantikan itu tertakluk kepada kelulusan daripada pemegang saham JKI.


Projek berkeluasan 0.52 hektar itu adalah usaha sama di antara MRSB dengan pemilik tanah Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur (KPSPKL).


Menurut kenyataan itu, 80 peratus daripada unit terbabit akan diperuntukkan sebagai Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip).


Di bawah perjanjian usaha sama itu, projek berkenaan akan menjana RM7.8 juta kepada KPSPKL.


"Tawaran ini membuktikan kemampuan kumpulan dalam industri pembangunan hartanah dan pembinaan," menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif JKI, Edwin Silvester Das.


Sumber: Berita Harian


12 views
bottom of page