Jejantas runtuh: Kontraktor perlu bina semula, tanggung kos


25 Oktober 2O19

SHAH ALAM - Kontraktor yang bertanggungjawab menyebabkan jejantas runtuh dilanggar lori di Jalan Kebun di sini perlu membina semula kemudahan itu.


Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim berkata, laporan awal yang diterima ialah kesilapan pihak kontraktor melaksanakan kerja terbabit.


Menurutnya, projek itu masih dalam pembinaan dan belum diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kos perlu ditanggung oleh pihak kontraktor terbabit.


"Pihak kontraktor perlu bina semula dan kos mereka perlu tanggung sepenuhnya," katanya kepada Sinar Harian semalam.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, insiden itu mengakibatkan kerugian lebih RM500,000.


Menurutnya, jejantas tersebut juga bakal menjadi kemudahan pelajar Sekolah Menengah Jalan Kebun untuk melintas jalan.


Terdahulu, Sinar Harian melaporkan anggota bomba mengambil masa lebih empat jam bagi mengeluarkan seorang pemandu lori yang tersepit di bahagian tempat duduk selepas kenderaan itu melanggar sebuah jejantas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun malam semalam.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya juga terpaksa menggunakan bantuan kren bagi mengangkat struktur jejantas yang menghempap lori terlebih dahulu sebelum mangsa boleh dikeluarkan.


Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa berusia 24 tahun cedera parah di kedua bahagian tangan dan kaki berjaya dikeluarkan pada jam 2.30 pagi.


Sumber: Sinar Harian


#evolusibina #ShahAlam #kontraktor

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.