top of page

Jejantas pejalan kaki hubungkan Coronation Square ke RTS siap bulan depan


Jejantas pejalan kaki hubungkan Coronation Square ke RTS siap bulan depan
Gambar hiasan: Visi projek stesen Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura (RTS)

Jejantas pejalan kaki hubungkan Coronation Square ke RTS siap bulan depan

JOHOR BAHRU – Pembinaan jejantas yang menghubungkan Coronation Square ke stesen Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura (RTS) di JB Sentral bakal membantu pertumbuhan ekonomi di negeri itu, selain memberi kesejahteraan kepada rakyat negeri ini.


Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim berkata, projek bernilai RM50 juta itu merupakan satu inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah Kerjasama Awam Swasta (PPP) dan Dana Mudah Cara.


“Coronation Square ini nanti adalah sebahagian daripada projek berprestij yang dilancarkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 2015 lalu bagi memastikan negara menang dalam perlumbaan ekonomi, khususnya di Asia Tenggara.


“Untuk makluman semua jejantas sepanjang 280 meter ini akan mengambil masa empat minit sahaja bagi perjalanan dari Coronation Square ke JB Sentral dan ini adalah menara yang pertama untuk projek pembangunan seumpama ini.


Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Jejantas City Link (City Link Skybridge) di Jalan Trus petang tadi.


Projek ini dijangka siap pada bulan Julai ini.


Sementara itu, Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Mohd Noorazam Osman pula berkata, kewujudan jejantas yang menghubungkan Coronation Square ke JB Sentral itu bakal menjadi faktor pemacu kepada projek-projek lain di bandar raya berkenaan.


Malah katanya, projek itu juga bakal menjadikan Johor Bahru sebagai wajah baharu kerana ia adalah projek mesra pejalan kaki.


“Sudah pasti projek sebegini mampu melihatkan suasana baharu di Johor Bahru ini sekali gus memberi kesan baik kepada semua pengguna apabila ia siap kelak.


“Saya sebagai Datuk Bandar mengalu-alukan projek seumpama ini kerana ia akan menjadi pemangkin kepada kesinambungan semua projek lain yang akan berlaku di negeri ini nanti,” jelasnya.



Jejantas pejalan kaki hubungkan Coronation Square ke RTS siap bulan depan

bottom of page