top of page

Jejambat terpanjang di Sarawak dibuka malam ini



KUCHING: Satu sejarah akan tercipta di Sarawak malam ini.


Jejambat terpanjang di negeri ini sepanjang 1.2 km – Jejambat Nyabau di Bintulu akan dibuka pada tengah malam ini.


Projek itu ialah Pakej Kontrak Kerja 10 Projek Lebuh raya Pan Borneo (LPB).


Jejambat itu akan dibuka kepada orang awam bermula pukul 11:59 malam ini.


Menurut Unit Lebuhraya Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya Sarawak, jejambat terpanjang di Sarawak itu dibuka dari laluan utama menuju ke arah Miri.


Jelasnya, ia bermula dari arah lampu isyarat Bintulu ke Miri, dan laluan utama menuju ke arah Sibu, bermula dari lampu isyarat Bintulu ke Sibu.


“Jejambat Nyabau merupakan salah satu jejambat (interchange/flyover) yang terdapat di bawah jajaran seksyen Nyabau iaitu salah satu daripada tiga jajaran seksyen di bawah WPC10 selain daripada jajaran seksyen Niah dan Bakun,” katanya menerusi satu kenyataan.


Sementara itu, pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati apabila menggunakan jejambat itu demi keselamatan semua pihak.


Ini katanya termasuk mematuhi had kelajuan maksimum 60 kilometer sejam, tidak melepak atau berhenti di atas jejambat,dan tidak melakukan vandalisme.


Mereka juga tidak dibenarkan berlumba serta berjalan atau berjoging di atas jejambat berkenaan.


Untuk rekod, jejantas terpanjang di dunia ialah Bang Na Expressway di Bangkok, Thailand sepanjang 55 km.


Sumber: Sarawak Voice

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page