Jejambat marin kekal sepanjang 380m akan dibina hubungkan Permatang Damar Laut ke Pulau Silikon, siap menjelang Dis 2028
- Ridhwanisme
- Jun 9
- 1 min read

GEORGE TOWN, PULAU PINANG
Jejambat Marin Strategik
Jejambat kekal sepanjang 380 meter akan dibina untuk menghubungkan Permatang Damar Laut ke Pulau Silikon.
Komponen utama dalam projek Pan Island Link 2A (PIL2A), dengan jangkaan siap Disember 2028.
Kos & Skop Projek
Fasa pertama PIL2A bernilai RM390 juta, melibatkan pembinaan jejambat marin dan lebuh raya bertingkat sepanjang 1.5 km.
Sambungan kepada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Kemajuan Pembangunan Tapak
Pembangunan Pulau Silikon kini capai keluasan 64.75 hektar.
Jambatan sementara 378m telah siap untuk memudahkan akses pembinaan.
Infrastruktur Air Awal
Pembinaan tangki sedutan & rumah pam akan bermula suku ketiga 2025, siap akhir 2027.
Lokasi bersebelahan Medan Selera Matang untuk bekalan air awal ke Pulau Silikon.
Kemudahan Komuniti & Sosial
Hab komuniti seluas 0.8 hektar akan dibina di Permatang Damar Laut:
Dewan MPKK baharu
Pusat nelayan, restoran, gerai & bangsal
Medan Selera Matang sedia menempatkan semula peniaga yang terjejas.
Sokongan Pelancongan & Ekonomi Tempatan
Kemudahan komuniti dijangka menjadi tarikan pelancong dan pusat ekonomi baharu di selatan Pulau Pinang.
Peranan Pulau Silikon
Projek tambakan pertama dibangunkan terus oleh kerajaan negeri.
Keluasan 930.78 hektar, dijangka pacu pertumbuhan ekonomi jangka panjang dengan pendekatan berfasa.
Sinar Harian / BERNAMA
Comments