top of page

Pantai Esen Terkenal Dengan Pegunjung Kini Sepi dan Bau Busuk Punca Projek Pulau Silikon


ree

ree

PANTAI Esen di Permatang Damar Laut, Batu Maung, dahulu terkenal dengan keindahan pantai bersih dan pemandangan matahari terbenam, menarik ramai pelancong tempatan dan antarabangsa.


Namun kini, pantai ini sunyi sepi akibat pencemaran selut tebal yang menyebabkan air laut menjadi keruh dan berbau busuk.


Perniagaan di sekitar pantai terjejas teruk, termasuk pengusaha sukan ATV, Mohd Zuhair Hizami, yang melaporkan penurunan pendapatan sehingga 70%.


Penduduk setempat turut terganggu dengan bau busuk dan bimbang pencemaran itu menjejaskan kehidupan mereka.


Menurut mereka, selut hitam ini mungkin berpunca daripada kerja tambakan laut bagi Projek Pulau Silikon, yang menyebabkan penurunan kualiti alam sekitar di pantai tersebut.


Pihak berwajib sedang melakukan siasatan dan pemantauan bagi mencari penyelesaian, namun penduduk berharap masalah ini diselesaikan segera untuk mengembalikan keindahan Pantai Esen.


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page