top of page

'Jangan hanya audit selepas projek selesai' - Akhbar Satar


Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar
Kata Akhbar, antara cara yang efektif dalam mereformasi kelemahan berkaitan ketirisan ini ialah mengadakan audit ketika projek masih berjalan. - Foto fail/Astro AWANI

Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara yang diterbitkan mendedahkan kelemahan pengurusan perolehan dan aset kerajaan yang menyebabkan kerugian.


Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, antara cara yang efektif dalam mereformasi kelemahan berkaitan ketirisan ini ialah mengadakan audit ketika projek masih berjalan.


"Kita jangan hanya audit selepas projek selesai. Duit sudah rugi banyak, sedangkan kita boleh jalankan audit untuk memastikan projek berjalan dengan baik.


"Di luar negara ada sesuatu yang dipanggil performance committee. Apabila dapat dihidu sesuatu yang meragukan dalam projek besar, mereka boleh masuk dan lihat, kalau ada kelemahan, mereka boleh beri cadangan untuk diperbaiki. Kalau makin teruk, kontrak boleh diberi pada orang lain.


"Maknanya ada intervention, sebelum kerugian, kita masuk untuk audit," katanya dalam program Pantau Kerajaan Baharu pada Khamis.


Jelasnya lagi, apa sahaja yang berkaitan salah laku penjawat awam boleh diuruskan menteri yang berkenaan, malah boleh juga dimasukkan dalam Akta SPRM.


"Task force boleh ditubuhkan di bawah Jabatan Audit untuk buat spotcheck, mana-mana projek besar atau ada jika aduan.


"Satu lagi task force pula di bahagian tertentu, di mana tugasnya adalah turun melihat sendiri projek, bukan hanya setakat telefon, perlu pastikan apabila bayar, projek kena berjalan.


"Selain itu, peranan ketua jabatan juga mustahak. Mereka boleh diberi kuasa supaya dapat memantau projek yang diberi peruntukan.


"Tetapi apa pun integriti kena ada. Pemantauan tanpa integriti takkan beri kesan,"katanya lagi.


Sumber: Astro Awani


3 views
bottom of page