top of page

Jangan biar dinding rumah jiran ‘tidak siap’ jika ingin ubah suai rumah


Jangan biar dinding rumah jiran ‘tidak siap’ jika ingin ubah suai rumah
Tangkap layar dari hantaran Facebook Mahanom Mohammad.

Jangan biar dinding rumah jiran ‘tidak siap’ jika ingin ubah suai rumah

PETALING JAYA – Kontraktor yang bertanggungjawab dan beretika harus mengambil kira keselesaan jiran sekiranya diupah untuk membina dinding pembahagi di rumah pelanggan.


Menurut Mahanom Mohammad melalui sebuah hantaran di Facebook, banyak kontraktor yang pilih jalan singkat dan hanya menyiapkan bahagian dinding rumah pelanggan sahaja, manakala bahagian jiran dibiar kotor dengan bata yang tidak bersimen.


“Kita tidak dapat elak daripada memasuki kawasan jiran apabila pelanggan minta bina dinding pembahagi sempadan rumah.


“Sebagai kontraktor yang beretika, tugas kita adalah untuk memastikan sisa binaan kerja tidak mengotorkan rumah jiran hingga mengancam keselesaan hidup mereka,” jelasnya.


Tambah Mahanom, batu bata yang disusun perlu diikat dengan campuran pasir dan simen supaya dinding tersebut tahan panas, hujan dan perubahan cuaca yang melampau.


“Bukan itu sahaja, dinding perlu dilepa dengan satu lapisan simen supaya partikel-partikel daripada permukaan batu tadi tidak terlepas ke udara.


“Partikel ini boleh masuk ke dalam rongga pernafasan manusia dan juga haiwan dan boleh memudaratkan kesihatan,” katanya.


Mahanom berkata, kontraktor perlulah ambil kira keselamatan dan kemaslahatan jiran.


Semasa berunding dengan pelanggan, nasihatkan mereka supaya melepa dinding rumah sebelah dan mengecatnya dengan warna yang disukai jiran.


“Jangan fikir untung semata-mata. Fikirkan juga keharmonian pelanggan kita dengan jiran sebelah. Apabila kita hendak membina rumah orang, binalah seperti kita bina rumah untuk ibu bapa kita.


“Jika kerja tersebut melibatkan kawasan jiran, buatlah kerja seolah-olah jiran itu adalah diri kita sendiri,” nasihatnya.


Sumber: Kosmo!


Jangan biar dinding rumah jiran ‘tidak siap’ jika ingin ubah suai rumah

32 views

コメント


bottom of page