top of page

Jambatan Pulau Pinang, BKE antara lokasi pembayaran tol terbuka PLUS


 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) Pulau Pinang
JAMBATAN Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) tersenarai untuk projek pelaksanaan pembayaran tol secara terbuka yang dijangka bermula September ini.

 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM: Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) di sini merupakan sebahagian beberapa kawasan lebuh raya di negara ini yang tersenarai untuk projek pelaksanaan pembayaran tol secara terbuka yang dijangka bermula September ini.


Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dalam satu kenyataan hari ini.


Zakaria berkata, pihaknya menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berhubung pelaksanaan pembayaran tol secara terbuka itu yang hanya menggunakan kad debit atau kad kredit.


Sehubungan itu, ujar beliau, PLUS akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam merealisasikan matlamat tersebut menjelang September ini.


“Ketika ini, kami juga sedang giat membuat persiapan untuk mengadakan ujian pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit dan kad kredit di Lorong RFID selain daripada (penggunaan) ‘e-wallet’ Touch ‘n Go di Jambatan Pulau Pinang.


“Pada masa sama, di BKE pula, persediaan sedang dibuat untuk menguji sistem pembayaran terbuka menggunakan kad kredit atau debit di Plaza Tol Kubang Semang,” kata beliau.


Menurutnya, pelaksanaan pembayaran terbuka menggunakan kad debit atau kad kredit dijangka memberikan lebih pilihan kepada pengguna lebuh raya apabila dilaksanakan kelak.


“Pihak PLUS sentiasa bersedia meneroka dan menguji kaedah-kaedah pembayaran tol yang lebih mudah dan memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya,” tambahnya.


Sumber: Utusan


7 views
bottom of page