Jambatan gantung Kg Mujang siap hujung bulan ini



LEBIH 500 penduduk termasuk 30 murid sekolah di Kampung Muhang di sini, boleh menarik nafas lega apabila jambatan gantung yang dibina dijangka siap menjelang hujung bulan ini.


Penolong Pegawai Daerah Matunggong, Francis Chong berkata, pihaknya memantau projek itu setiap hari bagi memastikan ia siap dibina dengan menggunakan kaedah selamat.


“Jambatan sepanjang kira-kira 80 meter itu dibina sejak seminggu lalu dan dijangka siap dua minggu lagi.


“Pejabat Daerah Kecil Matunggong membina jambatan itu ini untuk kegunaan penduduk apabila terpaksa meniti saluran paip setiap kali paras air sungai meningkat disebabkan hujan berterusan,” katanya.

Difahamkan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Zon Utara Daerah Kudat juga bercadang membina jambatan konkrit untuk menghubungkan satu-satunya laluan di kampung berkenaan.


Jurutera Bahagian Zon Utara JKR Daerah Kudat, Muji Ampau berkata sebelum ini pihaknya turut membaiki jambatan aras rendah yang semakin uzur di kampung itu.


“Dua langkah ini antara cadangan pihak JKR untuk mengatasi masalah dihadapi penduduk.”


“JKR dalam proses mengusulkan cadangan ini kepada pihak atasan untuk mendapatkan kelulusan projek sekali gus memohon ia dimasukkan dalam senarai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” katanya.


Pada 11 Januari lalu, susulan gambar tular, Harian Metro melaporkan lebih 30 murid sekolah rendah dan tadika ditemani ibu bapa masing-masing bergadai nyawa ke sekolah apabila menyeberangi arus sungai berarus dera dengan meniti sebatang saluran paip.


Murid terbabit perlu berjalan sejauh dua kilometer dan menyeberangi sungai ke Kampung Jambutan Laya-laya sebelum meneruskan perjalanan lima kilometer ke Sekolah Kebangsaan (SK) Temuno, Teringai Darat.


Sumber: Harian Metro


#evolusibina #JKR #Sabah

3 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.