top of page

Jalan Sungai Besi ditutup secara berperingkat mulai 30 Sept


Jalan Sungai Besi ditutup secara berperingkat mulai 30 Sept

Jalan Sungai Besi ditutup secara berperingkat mulai 30 Sept

KUALA LUMPUR: Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi/ Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew akan ditutup kepada semua lalu lintas secara berperingkat mulai 30 Sept ini hingga 29 Sept 2024.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini berkata penutupan jalan itu bertujuan untuk membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.


"'Pentadbiran DBKL telah melantik Tetuan Pertama Makmur Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan pelebaran Jalan Yew yang bermula pada Oktober 2021 dan dijangka siap pada 31 Dis 2025, dan kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan di tapak," menurut kenyataan itu hari ini.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

Sehubungan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan beberapa lencongan trafik yang disediakan.


Trafik dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sungai Besi/ Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu satu laluan melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan satu laluan memasuki laluan kontra di lorong bersebelahan.


Bagi trafik dari Sungai Besi/ Petaling Jaya untuk ke Bulatan Kampung Pandan akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu satu laluan akan susur ke kiri melalui Bulatan Loke Yew dan satu laluan akan kekal di jajaran yang sama.


Pengguna trafik Jalan Loke Yew dari Cheras pula dibenarkan untuk membuat pusingan U sahaja menghala Jalan Loke Yew ke arah Cheras semula dan pengubahsuaian laluan trafik ini adalah kekal.


Laluan alternatif trafik dari Cheras menuju ke Jalan Sungai besi adalah melalui Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga.


Bagi trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke Jalan Yew pula hendaklah menggunakan pusingan U di persimpangan jejambat di Jalan Maharajalela dan ini juga sama untuk trafik yang datang dari Cheras dan menuju ke kawasan persekitaran Jalan Yew.


Trafik Jalan Loke Yew dari Jalan Kinabalu dan Jalan Sungai Besi akan dilencongkan ke Jalan Yew menghala ke Bulatan Pudu sahaja. Laluan alternatif adalah melalui pusingan U di Sekolaah Menengah Kebangsaan (P) Pudu dan pengubahsuaian laluan trafik ini juga kekal.


Oleh itu, DBKL menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesulitan.


Sumber: Astro Awani


Jalan Sungai Besi ditutup secara berperingkat mulai 30 Sept


18 views

Comments


bottom of page