top of page

Penutupan jalan ke pekan Sungai Besi demi keselamatan


Gambar hiasan (Sumber gambar: The Star)

KUALA LUMPUR – Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) perlu menutup jalan keluar dan masuk utama ke pekan Sungai Besi yang bagi menjamin keselamatan orang awam berikutan kerja-kerja struktur yang melibatkan jentera berat.


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd berkata, penutupan ini ianya diharapkan dapat mengelakkan kejadian objek jatuh, sekali gus mengurangkan risiko kepada orang ramai.


”Dengan pembukaan laluan dikhuatiri kes yang terdahulu bagi projek ini berulang semula,” katanya kepada MalaysiaGazette.


Semalam, MalaysiaGazette melaporkan rungutan para peniaga merungut penutupan jalan tersebut hingga menjejaskan kemasukan orang luar untuk datang ke pekan Sungai Besi.


Bantahan ini dibuat kerana orang ramai terpaksa melalui perjalanan yang lebih panjang dan sesak untuk sampai ke pekan Sungai Besi dengan melalui jalan alternatif di kawasan perniagaan Lakefiields yang sempit.


501 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page