ITMax terima kontrak 15 tahun kendali parkir pintar tepi jalan MBJB bermula 2026
- Mar 16
- 1 min read

JOHOR BAHRU, JOHOR
Pelantikan kontrak jangka panjang 15 tahun
ITMax System Bhd melalui anak syarikatnya Southmax Sdn Bhd dilantik sebagai pengendali sistem parkir pintarbagi parkir tepi jalan di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Tempoh kontrak: 1 Mei 2026 hingga 30 April 2041 (15 tahun).
Surat Pelantikan (LOA) diterima pada 16 Mac 2026 selepas tawaran pada 12 Mac 2026.
Skop pelaksanaan sistem parkir pintar
Meliputi:
Sistem parkir pintar tepi jalan.
Aplikasi pembayaran digital.
Aplikasi tempahan Parkmax.
Fokus kepada pendigitalan pengurusan parkir dan kecekapan kutipan hasil.
Model perkongsian hasil
Hasil kutipan parkir dibahagikan:
70% kepada Southmax
30% kepada MBJB
Struktur ini memberi insentif prestasi kepada pengendali.
Tanggungjawab kewangan dan operasi
Southmax perlu menyediakan deposit keselamatan.
Menanggung kos pengurusan kontrak serta perbelanjaan berkaitan.
Risiko dianggap sebagai risiko operasi biasa, tanpa impak material dijangka terhadap kedudukan kewangan kumpulan.
Dagang News | Hamden Ramli




Comments