top of page

Iqzan Holding dapat projek pembinaan RM143 juta


Iqzan Holding dapat projek pembinaan RM143 juta
Iqzan Holding Bhd

Iqzan Holding dapat projek pembinaan RM143 juta

KUALA LUMPUR: Iqzan Holding Bhd memperoleh projek pembinaan bernilai kira-kira RM143 juta menerusi anak syarikatnya, Kacon Construction Sdn Bhd (KCSB).


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata projek berkenaan membabitkan pembinaan bangunan pejabat 24 tingkat di Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur.


"Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan Iqzan bagi tahun kewangan 2025, tahun kewangan 2026 dan tahun kewangan 2027," katanya.


Syarikat itu memaklumkan pelbagai faktor risiko yang mungkin menjejaskan projek terbabit, termasuk ketersediaan tenaga kerja mahir dan bahan-bahan, harga bahan binaan yang turun naik, serta perubahan situasi politik, ekonomi dan kawal selia.


"KCSB mempunyai kepakaran dalam perniagaan pembinaan, dan pengurusan percaya ia akan membantu mengurangkan risiko ini," katanya.



Iqzan Holding dapat projek pembinaan RM143 juta

73 views

Comments


bottom of page