top of page

Insiden besi jatuh: CIDB, LLM digesa siasat, ambil tindakan - Fadillah


Fadillah turut mengarahkan kedua-dua agensi itu memantau dan memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi khususnya membabitkan keselesaan orang ramai. - Foto Twitter Pembaca

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya menggesa Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung dakwaan sebuah syarikat konsesi lebuh raya mengabaikan aspek keselamatan sehingga menyebabkan insiden besi jatuh di sebuah tapak pembinaaan lebuh raya.


Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof turut mengarahkan kedua-dua agensi itu memantau dan memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi khususnya yang membabitkan keselamatan dan keselesaan  orang ramai.



"Saya akan pastikan CIDB dan LLM siasat dan ambil tindakan sewajarnya termasuk akan arahkan syarikat konsesi sentiasa memantau dan pastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya diutamakan," katanya ketika membalas aduan pengguna jalan raya di akaun Twitter miliknya di sini pada Khamis.


Terdahulu, seorang pengguna media sosial memuat naik sekeping gambar dipercayai berlaku di tapak pembinaan sebuah projek lebuhraya menghala ke Wangsa Maju yang dikhuatiri menjejaskan keselamatan khususnya pengguna jalan raya yang lalu di kawasan tersebut.


Sumber: Astro Awani


18 views
bottom of page