top of page

IJM Land perkenal pembaharuan jenama


IJM Land
IJM Land

IJM Land

KUALA LUMPUR: IJM Land Bhd (IJM Land) mengemaskini jenamanya menjadi lebih segar dengan objektif untuk mengukuhkan ekuiti jenama di pasaran.


Inisiatif itu diterajui oleh pewujudan falsafah baharunya yang dikenali 'Distinctively IJM'.


Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, Datuk Wong Tuck Wai, berkata pemaju hartanah itu melancarkan tanda visual baharu untuk menyambut era baharu pasaran hartanah.


Katanya, tanda jenama lebih segar menandakan babak baharu kepada IJM Land, selain memperbaharui komitmennya terhadap pembangunan hartanah di peringkat lebih tinggi.


"Kami sentiasa percaya kepada potensi IJM Land dengan penawaran produknya dan asas-asas yang berdaya tahan.


"Kembali semula daripada cabaran pasaran sejak dua tahun lalu, kami perlu memberi tumpuan kepada apa yang benar-benar penting kepada kami dan pihak berkepentingan terutama dari aspek kelestarian supaya kami dapat mencipta nilai lebih baik dan baharu dalam setiap projek yang dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.


Tuck Wai berkata, memanfaatkan kelebihan daya saing, kecemerlangan operasi dan pelaksanaan teras IJM Land, syarikat itu menjangkaui masa depan dengan memanfaatkan imaginasi dan inovasi untuk mengubah bandar menjadi satu komuniti.


"Hari ini, IJM Land memiliki jejak yang luas di Malaysia dan telah mendapat daya tarikan yang sangat baik di kawasan ini seperti Pulau Pinang, Pahang, Lembah Klang, Seremban, Johor, Kuching dan Sandakan.


"Secara keseluruhannya, kami berharap dapat mewujudkan portfolio yang membezakan kami sebagai Distinctively IJM. Ini akan membezakan cara kami melaksanakan perniagaan, apa yang kita tawarkan ke pasaran, dan bagaimana kita membabitkan pihak berkepentingan dalaman dan luaran kita di seluruh rantaian nilai.


"Kami mahu mengasah kelebihan daya saing dengan membina kekuatan terkumpul dan mengukuhkan suara kami di mana kami dapat mempengaruhi sektor hartanah pada tahap yang lebih tinggi," katanya.


Sumber: Berita Harian


10 views

Comments


bottom of page