top of page

IJM dapat kontrak bina Hab Logistik Antarabangsa Shah Alam


IJM dapat kontrak bina Hab Logistik Antarabangsa Shah Alam
Hab Logistik Antarabangsa Shah Alam (SAILH)

IJM dapat kontrak bina Hab Logistik Antarabangsa Shah Alam

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh IJM Corp Bhd (IJM) memenangi kontrak bernilai RM653.6 juta untuk membangunkan fasa satu Hab Logistik Antarabangsa Shah Alam (SAILH).


IJM dalam satu kenyataan hari ini berkata, projek itu, yang diberikan oleh Global Vision Logistics (GVL) kepada IJM Construction Sdn Bhd, akan mewujudkan hab logistik bertauliah hijau pertama di negara ini, antara yang terbesar di rantau ASEAN.


"Pembinaan dijadualkan bermula menjelang suku ketiga tahun ini dengan anggaran siap dalam tempoh 26 bulan.


"Apabila siap fasa pertama pada 2025, pembangunan itu akan mempunyai keluasan 2.8 juta kaki persegi," katanya.


Terletak di tapak seluas 28.73 hektar di Shah Alam, fasiliti itu akan menampilkan infrastruktur logistik yang canggih, teknologi dan sistem termoden serta pelbagai elemen yang mesra alam.


Fasa pertama SAILH merangkumi kompleks gudang setinggi empat tingkat, kemudahan tempat letak kereta empat tingkat dan pejabat satu tingkat di samping bangunan tambahan termasuk kerja-kerja pengujian dan pentauliahan.


Kontrak SAILH mengukuhkan lagi tempahan dalam tangan IJM Construction kepada RM5.1 bilion, yang terdiri daripada gabungan projek sektor swasta serta awam berprofil tinggi dalam pembinaan bangunan dan kejuruteraan awam.


"Kerjasama dengan GVL membolehkan kami mewujudkan hab logistik bertaraf dunia yang bukan sahaja sejajar dengan komitmen sifar bersih syarikat tetapi juga menetapkan penanda aras industri yang baharu," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan IJM, Lee Chun Fai.


Berdasarkan kenyataan itu, SAILH akan menggabungkan ciri-ciri mesra alam bermula daripada pembinaan kepada fasa operasi termasuk penggunaan bahan binaan rendah karbon semasa pembinaan sehingga kepada pemasangan panel solar, kelengkapan air dan pencahayaan, lif termasuk sistem penyejukan udara yang cekap tenaga.


Sumber: Berita Harian


IJM dapat kontrak bina Hab Logistik Antarabangsa Shah Alam

Comments


bottom of page