Ibraco Bhd merancang beberapa projek pembangunan baharu di Sarawak bernilai RM500 juta untuk tahun 2025, fokus utama kepada pembangunan perumahan dan perindustrian
- Ridhwanisme
- May 19
- 2 min read

KUCHING, SARAWAK
1. Perancangan Pembangunan Bernilai RM500 Juta
Ibraco Bhd merancang beberapa projek pembangunan baharu di Sarawak bernilai RM500 juta untuk tahun 2025.
Fokus utama kepada pembangunan perumahan dan perindustrian.
2. Projek Perumahan & Komersial di The NorthBank, Kuching
The NorthBank ialah pembangunan berskala besar 49.77 hektar.
Menyediakan:
Rumah berpagar dan berpengawal.
Servis apartmen.
Fasiliti seperti pusat beli-belah, pejabat dan institusi pendidikan.
NorthBank Central (kawasan komersial) dilancarkan dengan:
46 unit kedai 3 tingkat.
GDV RM124.4 juta.
Jualan hampir 100% sejurus dilancarkan.
Berhampiran:
Hospital Pakar NorthBank (dalam perancangan).
Stesen ART (Automated Rapid Transit).
3. Perumahan Mampu Milik dan Projek Baharu di Bintulu
Perancangan rumah mampu milik bertanah di Kuching.
Projek servis apartmen di Bintulu turut dirancang.
Town Square Bintulu (kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Bintulu):
Sumbangan pendapatan: RM32.2 juta (12.6% daripada hasil 2024).
Fasa baharu:
Horizon Apartment – 163 unit (GDV: RM96 juta).
Komersial tambahan (GDV: RM72 juta).
4. Projek Bandar Baharu: Arden City di Kota Samarahan
Saiz: 30.75 hektar.
Lokasi strategik, berhampiran:
Pusat Kanser Sarawak.
Pusat Jantung Sarawak.
Hospital Pengajar Unimas.
Stesen ART.
Menjadi hab pembangunan baharu di Samarahan.
5. Pelancaran Dua Projek Ikonik 2024
Aster Court:
Dua blok.
672 unit servis apartmen.
GDV: RM337 juta.
The Atrium:
39 unit kedai 3 tingkat.
GDV: RM84.4 juta.
6. Projek di Semenanjung Malaysia
Residensi NewUrban di Petaling Jaya:
Dua menara 36 tingkat.
922 unit servis apartmen.
GDV: RM528.6 juta.
Dijangka siap pada 2027.
7. Sektor Pembinaan & Infrastruktur
Buku pesanan terkini: RM1.02 bilion.
Projek utama:
Jambatan Batang Samarahan dan jalan raya ke Batang Sadong.
Panjang jalan: 9 km, projek di bawah Lebuhraya Trunk Kedua Sarawak.
Kos: RM529.8 juta.
Siap dijangka: Februari 2027.
8. Pelaburan dalam Loji Pengeluaran Asfalt
Untuk kukuhkan rantaian bekalan pembinaan dalaman.
Loji asfalt mula operasi: Disember 2024.
Dagang News / Shamsiah Zulkifli





Comments