top of page

Hasrat penduduk beribadah di masjid tiga tingkat bakal jadi kenyataan


Kampung Paya Rumput, Melaka
Gambaran imej masjid As-Solihin tiga tingkat yang bakal di bina di Kampung Paya Rumput, Melaka.- Foto NAZRI ABU BAKAR

Kampung Paya Rumput, Melaka

MELAKA: Hasrat penduduk Kampung Paya Rumput, di sini memiliki masjid tiga tingkat di kawasan berkenaan bakal menjadi kenyataan selepas kerja-kerja pembinaan giat dilaksanakan.


Malah, dana RM3.5 juta yang diusahakan oleh jawatankuasa masjid bagi merealisasikan pembinaan yang boleh menampung kapasiti kira-kira 5,000 jemaah pada satu-satu masa itu juga hampir mencukupi.


Pengerusi Masjid As Solihin, Datuk Wira Yasin Sarif berkata, pihaknya sukar menjangkakan kutipan dapat diperoleh mengikut masa yang dirancang namun sokongan penduduk, Badan Bukan Kerajaan (NGO), individu dan syarikat amat menggalakkan.


Buat masa ini, katanya, pihaknya masih memerlukan kira-kira RM1.6 juta bagi melengkapkan kos pembinaan yang kini sudah 40 peratus dilakukan kontraktor yang dilantik.


"Masjid terbabit bakal menampung pelbagai aktiviti agama selain akademik ,sosial, kebajikan dan masyarakat sekali gus menampung komuniti masyarakat termasuk Taman Paya Rumput Indah, Paya Rumput Jaya, Utama, Permai, Perdana, Seri Bestari, Paya Emas selain Solok Bangsal, Solok Tengah dan Hilir dan Jalan Damai.


"Dengan pertambahan penduduk dan banyaknya taman perumahan baharu yang dibuka, masjid lama di tapak sedia ada tidak lagi mencukupi bagi menampung keperluan semasa.


"Bagaimanapun masjid asal tidak akan dirobohkan sebaliknya kekal selepas diwartakan sebagai Bangunan Warisan mengikut Enakmen Pemuliharaan Dan Pemugaran Warisan Budaya 1988," katanya.


Yasin berkata, situasi terbabit sekali gus mengekalkan nilai sejarah pembinaannya yang unik dan menarik selepas diwakafkan sekitar 1929.


Bagi yang ingin menyumbang pembinaan masjid berkenaan boleh menyalurkan di Akaun Khas Projek Pembesaran Masjd As Solihin di Nombor akuan 554129546986 (Maybank Cheng).


Beliau berkata, pembinaan dijangka siap akhir Julai ini selepas urusan kerja awalan termasuk pengambilan tanah, merobohkan sebahagian bangunan tambahan di masjid lama sudah dilakukan.


Timbalan Pengerusi masjid berkenaan, Mazlan Omar berkata, selepas siap kelak masjid berkenaan dapat dilihat dari dua versi iaitu jika dipandang dari Alor Gajah-Melaka akan terlihat masjid lama, namun jika dilihat dari jalan besar Lebuh Alor Gajah- Melaka -Jasin (AMJ) orang ramai akan terlihat bangunan baharu.


Sumber: Berita Harian


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page