top of page

Hartasuma tinjau peluang projek rel di Filipina


Hartasuma tinjau peluang projek rel di Filipina
Gambar hiasan

Hartasuma tinjau peluang projek rel di Filipina

KUALA LUMPUR: Syarikat gerabak dan perkhidmatan rel bersepadu terkemuka, Hartasuma Sdn Bhd, memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat infrastruktur berpangkalan di Filipina, Metro Pacific Investments Corp (MPIC), dengan hasrat untuk menerokai pasaran kejuruteraan dan penyelenggaraan rel Filipina.


Menurut Hartasuma dalam kenyataan hari ini, sebagai permulaan, Hartasuma dan MPIC ingin mengambil bahagian dalam projek-projek dengan nilai pelaburan sebanyak RM250 juta.


"Kedua-dua syarikat ingin memanfaatkan sinergi mereka dengan berkerjasama untuk membida projek-projek berkaitan dengan rel di Filipina.


"Inisiatif ini seiring dengan aspirasi kerajaan negara Filipina untuk segera memodenkan rangkaian rel negara," katanya.


Tersenarai di bursa saham Filipina (Philippine Stock Exchange), MPIC mempunyai portfolio pelaburan yang luas di seluruh Filipina dan Asia Tenggara.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

Portfolionya termasuk terbabit dalam penjanaan tenaga, lebuhraya tol, bekalan air, penjagaan kesihatan, pertanian, hartanah dan rel.


Perjanjian kerjasama itu telah ditandatangani antara Pengarah Eksekutif Kumpulan Hartasuma, Tan Sri Ravindran Menon, dan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MPIC, Manuel V Pangilinan.


Tujuan perjanjian ini adalah untuk menyediakan rangka kerja kerjasama antara MPIC dan Hartasuma.


Kedua-dua pihak berhasrat untuk bekerjasama untuk mengenal pasti potensi pembangunan bersama dan projek usaha sama di bawah tiga kategori, termasuk reka bentuk, kejuruteraan, pemasangan, pengubahsuaian, pemodenan, perkhidmatan baik pulih & pemulihan, dan pengurusan projek lengkap yang berkaitan dengan gerabak dan subsistem kereta api lain yang berkaitan.


Sistem dan perkhidmatan kereta kabel untuk pengangkutan bandar dan luar bandar sertamembina fasiliti untuk menjalankan projek yang berkaitan dengan gerabak, sub-sistem kereta api lain yang berkaitan dan sistem kereta kabel di negara Filipina.


Ravindran berkata, pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan pengusaha infrastruktur yang bereputasi tinggi dan terkemuka dalam MPIC.


"Kami ingin menambah nilai kepada kerjasama melalui kepakaran kami dan membantu MPIC dalam mencapai matlamatnya.


"Keutamaan diberikan kepada sistem kereta api oleh kerajaan Filipina, yang dibentangkan dalam cadangan bajet Jabatan Pengangkutan (DoTr) 2024 sebanyak 214.3 bilion peso (RM17.6 bilion) bagi mempercepatkan peningkatan projek infrastruktur dan menambahbaik dasar pengangkutan, ini menunjukkan peluang besar yang tersedia untuk kita.


"Kami berhasrat untuk menyumbang kepada aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kesalinghubungan serantau melalui pembangunan infrastruktur kereta api utama", katanya.


Sementara itu Pangilinan berkata, pihaknya berharap untuk membina atas pengalaman hampir tiga dekad Hartasuma dalam industri kejuruteraan kereta api dan pengangkutan, dan akhirnya menerapkan pelajaran ini dalam operasi mereka di Filipina.


"Banyak yang boleh kita kongsikan. Bersama-sama, kami berhasrat untuk meneroka inovasi yang boleh membantu kami membina infrastruktur pengangkutan masa depan .


"Kerjasama strategik ini akan membuka jalan untuk pelbagai inisiatif, termasuk pembangunan projek pengubahsuaian gerabak di Filipina dan penyelidikan mengenai sistem kereta kabel untuk pelancongan dan pengangkutan bandar.


"Usaha niaga ini tidak hanya akan mengubah landskap pengangkutan negara ini tetapi juga akan mewujudkan industri yang berkembang pesat yang akan menyokong kemajuan ekonomi dengan memperkembangkan kemahiran, mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat Filipina, dan meningkatkan keupayaan pembuatan tempatan dan rantaian bekalan," katanya.


Pada awal tahun ini, Hartasuma telah memperoleh projek Kereta Kabel Bukit Pulau Pinang dengan nilai RM250 juta melalui inisiatif perkongsian awam swasta (PPP) daripada kerajaan negeri Pulau Pinang.


Sumber: Berita Harian


Hartasuma tinjau peluang projek rel di Filipina


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page