top of page

Hab sukan ekstrem bakal dibangunkan di bandar belia Tg Malim


Hab sukan ekstrem bakal dibangunkan di bandar belia Tg Malim

TANJUNG MALIM, 16 Jan (Bernama) -- Bandar Belia di Tanjung Malim di sini bakal dibangunkan sebagai hab sukan ekstrem yang pertama seumpamanya di negara ini.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta Kementerian Belia dan Sukan bagi merealisasikan usaha itu.


"Kita akan mengadakan mesyuarat dengan kedua-dua kementerian berkenaan dalam tempoh dua minggu lagi untuk mengenal pasti konsep (sukan ekstrem) yang akan dibangunkan serta meneruskan kerja-kerja (pelaksanaan)


"Apabila siapnya pembangunan sukan ekstrem itu nanti, ia mampu menarik pelancong-pelancong khususnya golongan muda untuk datang ke sini kerana kedudukan Tanjung Malim tidak jauh dari Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Youth City di sekitar Taman Bandar di sini hari ini.


Sumber: Bernama


7 views
bottom of page