top of page

Guna 107,000 lampin terpakai untuk turap jalan


SKIM itu diuji pada jalan A487 sepanjang 2.25 kilometer (km) antara Cardigan dan Aberystwyth. - PURA

LONDON: Lebih 107,000 lampin pakai buang terpakai yang dikitar semula digunakan untuk menurap semula permukaan sebatang jalan di Wales.


Langkah itu bagi mencapai persekitaran hijau dan mampan dalam usaha mengurangkan sisa buangan di tapak pelupusan sampah.


Lapor Daily Mail, pegawai Wales menguji skim baharu itu pada jalan A487 sepanjang 2.25 kilometer (km) antara Cardigan dan Aberystwyth.


Skim membabitkan penggunaan lampin pakai buang terpakai untuk menurap semula jalan, merupakan yang pertama di United Kingdom (UK).


Jika pihak berkuasa berpuas hati dengan keputusan akhir maka projek itu bakal diluaskan ke semua jalan raya di Wales.


Projek itu merupakan kerjasama antara kerajaan Wales, syarikat produk penjagaan bayi, Pura dan pakar kitar semula lampin, NappiCycle.


Peguam menegaskan projek itu akan membantu mengurangkan sisa buangan di tapak pembuangan sampah.


Namun, beberapa pakar berpandangan idea penurapan jalan menggunakan lampin dikitar semula itu tidak akan ‘menjadikan jalan raya lebih lestari’.


Katanya, ini kerana lampin berasaskan asfalt dan plastik diperbuat daripada hidrokarbon serta dibimbangi akan menyebabkan kebocoran mikroplastik ke tanah dan saluran air.


Kira-kira tiga bilion lampin pakai buang dilupuskan di UK setiap tahun, dengan 400,000 tan sisa bahan itu dibuang ke tapak pelupusan sampah.


Lampin terpakai ini dikatakan mengambil masa sehingga 500 tahun untuk terurai.


9 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page