GFM Services dan UTHM perkukuh kerjasama akademik-industri dengan MoU baharu
- Dec 9, 2025
- 1 min read

JOHOR
Pembaharuan MoU GFM Services dan UTHM
GFM Services Berhad (GFM) memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Kampus Pagoh.
MoU baharu berkuat kuasa 25 November 2025 untuk tempoh tiga tahun, menggantikan MoU asal (24 November 2022).
Objektif Kerjasama
Memperkukuh perkongsian akademik-industri dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pembangunan industri, dan inovasi berterusan dalam pengurusan fasiliti bersepadu (IFM).
Menyediakan platform untuk pelajar dan kakitangan memperoleh pendedahan praktikal tentang amalan industri sebenar.
Inisiatif dan Aktiviti Bersama
Penglibatan GFM dalam UTHM Career Fair - Techfusion Career Expo 2024.
Peranan GFM sebagai penasihat industri untuk Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK).
Penganjuran bengkel, kuliah jemputan, latihan industri, dan Protege Trainee.
Projek penyelidikan bersama, penerbitan akademik, perkongsian kepakaran, dan program CSR komuniti.
Dagang News | Kamaliza Kamaruddin





Comments