top of page

George Kent menang kontrak RM45.5 juta, bangunkan perbandaran di Kwasa Damansara



KUALA LUMPUR 16 Dis - George Kent (Malaysia) Bhd menerima kontrak bernilai RM45.5 juta bagi kerja-kerja pembangunan perbandaran di Kwasa Damansara, Selangor.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, kontrak tersebut melibatkan kerja-kerja pembinaan, penyiapan, ujian dan pentauliahan tangki sedutan, rumah pam, takungan air dan unit stesen pensuisan 11 kilovolt (kV). 


"Kontrak yang diberikan itu menekankan kedudukan George Kent sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam menyampaikan projek infrastruktur.

"Kerja-kerja projek ini dijadualkan bermula pada 9 Januari 2025 dan dijangka siap pada 8 Julai 2027," katanya. 


Selain itu, kontrak tersebut merupakan kemenangan kedua pada bulan ini dan kini kumpulan itu mempunyai buku tender yang banyak dan gembira kerana ini adalah projek kedua yang memenanginya bulan.


Mengulas mengenai pencapaian ini, Pengerusi Eksekutif George Kent, Tan Sri Tan Kay Hock berkata, projek penting di Kwasa Land itu mencerminkan keupayaan kumpulan menyampaikan rumusan yang inovatif dan boleh dipercayai untuk infrastruktur pembangunan.


Sumber: Dagang News

Comentarios


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page