KUALA LUMPUR: Gabungan AQRS Bhd meraih kontrak daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membina 24 bilik darjah di sebuah sekolah menengah kebangsaan untuk pendidikan khas di Bandar Enstek, Negeri Sembilan bernilai RM66.59 juta.
Kumpulan pembinaan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, anak syarikat milik penuhnya, Gabungan Strategik Sdn Bhd akan memulakan kerja-kerja projek pada 2 Ogos 2022 dan menyiapkannya menjelang 28 Julai 2025.
"Surat lantikan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham Gabungan AQRS sepanjang tempoh kontrak berkenaan," katanya.
Sumber: Berita Harian
Comments