top of page

Firma swasta dipelawa kemuka konsep projek HSR KL-Singapura


Firma swasta dipelawa kemuka konsep projek HSR KL-Singapura
Firma swasta dipelawa kemuka konsep projek HSR KL-Singapura

Firma swasta dipelawa kemuka konsep projek HSR KL-Singapura

KUALA LUMPUR: MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR) membuka peluang kepada firma dan konsortium tempatan serta antarabangsa untuk mengemukakan cadangan konsep bagi projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura (KL-SG HSR).


Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp, Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, berkata bagi tujuan itu, kumpulan melancarkan proses Permintaan Maklumat (RFI) bagi membolehkan sektor swasta mengemukakan secara rasmi cadangan konsep KL-SG HSR melalui model perkongsian awam swasta.


Beliau berkata, firma dan konsortium dengan pengalaman yang relevan digalakkan untuk menyertai proses RFI itu dan berharap ia dapat menarik minat serta cadangan yang berkualiti yang akan menjadi rujukan penting dalam keputusan kerajaan.


Katanya, pelaksanaan proses RFI itu juga menandakan inisiatif kerajaan dalam usaha melaksanakan semula projek KL-SG HSR menerusi mekanisme pembiayaan dan model pelaksanaan yang baharu, selain usaha untuk mempertingkat infrastruktur pengangkutan rel dan merancakkan ekonomi negara.


"MyHSR Corp kekal komited dalam menyokong kerajaan untuk mengenalpasti kaedah yang terbaik bagi membangunkan projek KL-SG HSR.


"Di peringkat global, pembangunan HSR telah terbukti sebagai enjin pertumbuhan yang membawa kepada pemangkin pembangunan dan pertumbuhan serta kesan pengganda yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


MyHSR Corp sebelum ini melaksanakan sesi libat urus bersama beberapa syarikat swasta terpilih semasa peringkat awal pengumpulan maklumat untuk memahami tahap minat, keupayaan, dan keperluan sumber yang diperlukan untuk memastikan kemampanan projek itu.


Pelaksanaan RFI itu membolehkan kerajaan menilai minat dan keupayaan industri untuk membiayai projek sepenuhnya selain proses RFI akan menilai keupayaan firma dan konsortium terbabit dalam membangunkan projek infrastruktur utama berdasarkan spesifikasi teknikal, kos projek, model komersial dan perniagaan, dan rangka kerja konsortium serta tadbir urus.


Sementara itu, Pengerusi MyHSR Corp, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman berkata, kumpulan bersyukur dengan sokongan padu yang diberikan oleh kerajaan ke atas projek KL-SG HSR.


"Projek KL-SG HSR akan membawa manfaat yang besar kepada rakyat, terutamanya dalam meningkatkan dan mengembangkan kedinamikan ekonomi dari Lembah Klang ke Koridor Selatan di semenanjung dan akhirnya ke seluruh Malaysia.


"Selain menyediakan mod perjalanan baharu yang lebih selamat, pantas, cekap dan mampan, projek ini akan membantu kami untuk menyumbang kepada agenda Malaysia MADANI, menjana pertumbuhan jangka masa panjang dan mampan untuk kesejahteraan rakyat dan negara," katanuya.


Maklumat lanjut mengenai RFI boleh didapati dengan melayari laman web MyHSR Corp di

https://www.myhsr.com.my/rfi bermula 12 Julai 2023.


Sumber: Berita Harian


Firma swasta dipelawa kemuka konsep projek HSR KL-Singapura


bottom of page