top of page

Fasa Satu MRT Laluan Putrajaya beroperasi dua bulan lagi


Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan memaklumkan Fasa Satu Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya dijangka memulakan operasinya dalam tempoh dua bulan lagi.


Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, ketika ini, fasa satu itu kini hampir 99 peratus siap.


Beliau berkata, Fasa Satu MRT yang bermula daripada Stesen MRT Kwasa Damansara ke Stesen MRT Kampung Batu bakal beroperasi pada November depan.


“Apabila Fasa Satu bermula, rangkaian pengangkutan awam rel Lembah Klang akan diperluas dengan sembilan buah stesen baharu sekali gus meningkatkan liputan ke kawasan baharu seperti Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Kepong, Jinjang dan Kampung Batu,” katanya ketika melakukan lawatan ke tapak MRT Putrajaya, hari ini.


Katanya, beliau juga ingin mengesahkan bahawa kemajuan kerja bawah tanah bagi Fasa Dua MRT Laluan Putrajaya kini sedang berjalan lancar, dengan tahap kemajuan keseluruhan pada 93.52 peratus.


Ka Siong berkata, ketika ini, kerja-kerja infrastruktur utama seperti terowong, stesen dan struktur lain sudah siap, manakala perkhidmatan bangunan, kemasan seni bina dan landskap sedang disiapkan.


Menurutnya, beliau amat berbesar hati melihat tahap kemajuan ini dan yakin Fasa Dua Laluan Putrajaya ini dapat mula beroperasi seperti yang disasarkan pada Januari 2023.


“Saya memahami rintangan dihadapi kontraktor dan subkontraktor dalam menyelesaikan

kerja-kerja pembinaan sivil dan sistem laluan MRT ini disebabkan pandemik Covid-19.


“Tahniah kepada MRT Corp, Kontraktor Turnkey MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd dan Kontraktor-kontraktor Pakej Kerja, subkontraktor dan vendor projek Laluan Putrajaya yang berjaya memastikan kerja-kerja diteruskan walau berbagai halangan yang perlu dihadapi,” katanya.


Katanya, pembinaan Laluan MRT Putrajaya ini tepat pada masanya kerana ia menjadi pemangkin penting dalam pemulihan ekonomi negara.


23 views

תגובות


bottom of page