SAINS & PAAB laksanakan projek rumah pam, paip dan tangki baharu di Port Dickson
- Ridhwanisme
- 20 minutes ago
- 1 min read

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Komitmen Terhadap Kestabilan Bekalan Air Port Dickson
Kerajaan Negeri Negeri Sembilan melalui SAINS, PAAB, dan PETRA memastikan pelaksanaan projek bekalan air berjalan lancar untuk memenuhi keperluan semasa dan pertumbuhan pesat Port Dickson.
Fokus utama adalah kestabilan, kecekapan agihan air, dan penyelenggaraan infrastruktur kritikal.
Projek Rumah Pam & Sistem Pengepaman
Kolam Teluk Kemang: pembinaan rumah pam bersama sistem pengepaman mencapai 81% kemajuan fizikal.
Langkah ini akan meningkatkan tekanan air dan kecekapan pengagihan di kawasan sekitar Teluk Kemang.
Projek Pemasangan Paip & Tangki Air
Paip Mild Steel 200mm dari Kolam Chuah ke Kolam Bukit Pelandok dalam fasa semakan reka bentuk.
Paip 800mm sepanjang 44 km dari Loji Rawatan Air Sawah Raja ke Kolam Teluk Kemang dalam peringkat rekabentuk.
Tangki baharu Bukit Permata (5 juta gelen/hari) juga dalam fasa rekabentuk.
Penggantian Paip Lama & Infrastruktur Sedia Ada
Projek siap: penggantian paip asbestos cement 100mm kepada UPVC sepanjang 1,300m di Ladang Tarzan (Siap 15 Okt 2025).
Projek rekabentuk PAAB: penggantian paip 375 - 450mm dari Kolam Sirusa 2 ke Sunggala dan PD Utama.
PETRA luluskan 7 projek penggantian paip utama di laluan kritikal termasuk Jalan Teluk Kemang, Jalan Pantai Batu 9 - 10, Kg. Sawah Sunggala, dan Taman Happy.
Jenis Paip & Teknologi
Digunakan pelbagai jenis paip: Ductile Iron, Mild Steel, HDPE, UPVC mengikut keperluan teknikal lokasi.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan kecekapan, ketahanan, dan keselamatan bekalan air.
Negeri Kita | Edzwan Ashraf





Comments