top of page

Fasa dua MRT laluan Putrajaya siap lebih 95 peratus


Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua
Fasa dua MRT laluan Putrajaya dijangka beroperasi bulan depan -NSTP/Fathil Asri

Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) memaklumkan persiapan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa Dua sudah melebihi 95 peratus dan sedang melakukan ujian terakhir, pada hujung bulan ini.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata persiapan dan ujian giat dijalankan oleh pegawai dan jurutera MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), kontraktor dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).


"Pihak berkenaan sedang memantau dan memastikan ujian itu melepasi garis panduan yang disediakan dan Insya-Allah dapat beroperasi Mac ini, tetapi tarikh akan diumumkan oleh kerajaan (Kementerian Pengangkutan)," katanya.


Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan delegasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Ariffin di Menara UOA Bangsar di sini, hari ini.


Sementara itu, mengulas mengenai kunjungan itu Mohd Azharuddin berkata kerjasama antara Bernama dan Prasarana dapat membantu dalam menghebahkan kepada rakyat mengenai perkembangan dan isu-isu terkini sistem pengangkutan awam.


"Ini kerjasama menyeluruh sama ada dari segi memberi cadangan atau makluman pemberita, digital radio mahupun televisyen. Ini juga adalah kali pertama kerjasama menyeluruh dengan pihak media," katanya.


Semasa pertemuan itu juga, pelbagai cadangan telah diterima bagi menambah baik sistem pengangkutan awam darat di ibu kota selain bentuk hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi.


Sumber: Berita Harian


7 views

Kommentare


bottom of page