top of page

Fasa baharu Senadi Hills dapat sambutan hebat


Fasa baharu Senadi Hills dapat sambutan hebat
Senadi Hills di Iskandar Puteri, Johor penuhi keperluan pel bagai generasi - Foto ihsan UEM Sunrise

Fasa baharu Senadi Hills dapat sambutan hebat

KUALA LUMPUR: Fasa baharu projek kediaman bertanah, Senadi Hills oleh UEM Sunrise di Iskandar Puteri, Johor mencatatkan kadar pengambilan kukuh apabila semua unit bukan Bumiputera dijual sepenuhnya, manakala unit bagi Bumiputera ditempah sepenuhnya sejurus selepas pelancaran pada 18 Jun lalu.


Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong, berkata Fasa 2A Senadi Hills merangkumi 75 unit rumah teres dua tingkat dengan keluasan 22 kaki x 70 kaki dan saiz binaan 2,197 kaki persegi (kps).


Katanya, rumah berkenaan dilengkapi dengan empat bilik tidur dan empat bilik mandi untuk kemudahan dan privasi tambahan untuk setiap ahli keluarga.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Ruang legar di tingkat atas boleh dijadikan sebagai kawasan sosial untuk keluarga beramah mesra dan setiap unit juga mempunyai anjung kereta yang luas untuk dua kereta.


"Tambahan pula, pintunya juga cukup lebar, mesra kerusi roda dan dilengkapi dengan tanjakan, sebuah unit inklusif yang memenuhi keperluan pelbagai generasi.


"Mengambil kira ciri-ciri ini, harga Senadi Hills 2A ditawarkan bermula daripada daripada RM843,000 seunit dan disasarkan siap pada hujung suku tahun kedua 2025," katanya dalam satu kenyataan.


Wong berkata, di samping itu, perumahan komuniti berpengawal eksklusif itu menawarkan rekaan kediaman yang mempesonakan bersesuaian dengan keperluan pelbagai generasi, juga dilengkapi dengan 53 unit dataran komersial kejiranan yang dipanggil Senadi Square.


"Digabungkan dengan 398 unit kediaman sambungan pegangan bebas di kawasan kejiranan, keseluruhan perbandaran ini adalah seluas 25.2 hektar.


"Fasa 1A dan 1B Senadi Hills mendapat sambutan yang menggalakkan dan habis dijual sepenuhnya selepas pelancaran awalnya masing-masing pada bulan Jun dan November 2020.


"Setelah meneliti, mendengar dan menyampaikan permintaan pelanggan, kami teruja untuk mengumumkan bahawa lot bukan Bumiputera dalam produk rumah bertanah atau rumah bawah pelbagai generasi ini telah habis dijual 100 peratus manakala lot Bumiputera pula telah ditempah sepenuhnya.


"Senadi Hills Fasa 2A merangkumi pelbagai kategori pembeli dimana kebanyakannya adalah penduduk tempatan dari kawasan tadahan berdekatan dan 87 peratus pemilik untuk menghuni manakala 13 peratus lagi adalah bertujuan pelaburan.


"Angka-angka ini adalah bukti bahawa pembangunan kami, terutamanya dalam siri NEST mengutamakan kekeluargaan. Kediaman kami yang baru dilancarkan ini adalah sebahagian daripada persedian yang menyumbangkan ke arah matlamat keseluruhan dalam mencapai sasaran jualan sebanyak RM1.5 bilion untuk tahun ini," katanya.


Senadi Hills dilengkapi dengan kemudahan mesra kerusi roda serta kawasan hijau segar untuk penduduk setiap peringkat umur.


Laluan joging sepanjang 2.5 kilometer, taman permainan kanak-kanak, gimnasium terbuka, kawasan tai chi mini dan plaza akan memberi keselesaan untuk beristirehat dan mengeratkan hubungan sesama keluarga setelah penat bekerja seharian.


Terletak di bandar raya antarabangsa Iskandar Puteri dan tidak jauh dari bandaraya Singapura, Senadi Hills mudah diakses dari Lebuh Kota Iskandar dan Jalan Ismail Sultan (Lebuhraya Pesisir Pantai Iskandar).


Pembangunan itu juga terletak berhampiran dengan pembangunan matang termasuk Bukit Indah, Horizon Hills dan Nusa Bestari.


Di samping itu, kediaman pegangan bebas itu mempunyai akses mudah untuk ke lebuh raya dan terletak berhampiran dengan pelbagai pusat membeli-belah, kemudahan penjagaan kesihatan, institusi pendidikan dan kemudahan riadah, dengan kebanyakannya hanya dalam radius 10 kilometer.


Sumber: Berita Harian


Fasa baharu Senadi Hills dapat sambutan hebat


10 views
bottom of page