top of page

Ekonomi Malaysia 2019 dalam landasan pertumbuhan kukuh - BNM


KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka kekal dalam landasan pertumbuhan kukuh tahun ini meskipun berdepan persekitaran mencabar.


Permintaan sektor swasta dijangka kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan dalam keadaan rasionalisasi fiskal yang berterusan.


Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata pertumbuhan itu juga dijangka berlaku disebalik sektor luaran yang perlahan seiring dengan permintaan global yang semakin sederhana.


Beliau berkata, faktor lain yang menyokong pertumbuhan ekonomi tahun ini adalah dengan bermulanya operasi kemudahan pengeluaran baharu seperti Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan pengembangan outlet runcit.


"Kemudahan baharu E&E seperti automotif, semikonduktor dan aeroangkasa bakal merangsang ekonomi negara ke arah yang lebih positif.


"Begitu juga dengan penerusan projek kejuruteraan awam seperti projek Transit Aliran Massa (MRT) dan Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), turut memacu pertumbuhan ekonomi," katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi suku keempat 2018 di sini, hari ini.


Nor Shamsiah berkata, inflasi keseluruhan secara purata dijangka meningkat dengan sederhana pada 2019.


Sumber: Berita Harian


22 views
bottom of page