KUALA LUMPUR 23 Okt - Tiga syarikat, termasuk dua dari Singapura memenuhi semua syarat untuk menyertai pembidaan dalam talian pada 16 Jun 2024 bagi projek perintis membekalkan tenaga boleh diperbaharui (RE) merentasi sempadan ke Singapura melalui Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata dua syarikat Singapura berjaya dalam usaha mereka untuk mendapatkan 100 megawatt (MW) elektrik hijau, dengan perjanjian bekalan rentas sempadan sedang dimuktamadkan.
“Dalam menjalankan perdagangan RE rentas sempadan ini, kerajaan komited untuk menjaga kepentingan negara dan memastikan manfaat bersama,” kata Petra dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen Malaysia.
Kementerian itu berkata, keutamaan akan diberikan untuk memenuhi permintaan negara yang semakin meningkat untuk elektrik hijau.
Pada masa yang sama, tumpuan juga adalah untuk menarik pelaburan bernilai tinggi yang memerlukan tenaga elektrik hijau, termasuk dari Singapura, khususnya ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.
Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan peluang ekonomi baharu dan menjana kekayaan untuk industri TBB tempatan.
Sumber: Dagang News
Comments