Dua projek loji solar 200MW oleh Malakoff dan Solarvest di Sarawak
- Ridhwanisme
- Oct 7
- 1 min read

SARAWAK
Peningkatan Kapasiti Tenaga Boleh Baharu (RE) Sarawak
Dua loji janakuasa solar berskala besar (LSS) akan dibangunkan di Sarawak dengan jumlah kapasiti 200MWac menjelang 2028.
Langkah ini memperkukuh agenda Sarawak Energy untuk memperluas sumber tenaga hijau dan mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.
Projek di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) 30 Tahun
PPA dimeterai oleh SESCO Bhd (subsidiari Sarawak Energy) bagi tempoh 30 tahun dengan dua entiti korporat besar:
Malakoff Corporation Bhd: Membangunkan loji solar 100MWac di Bintulu, COD dijangka 1 Mei 2028.
Solarvest Holdings Bhd & Press Metal-Mukah Solar Powerplant Sdn Bhd (MSPSB): Loji solar 100MWac di Mukah, COD dijangka 30 November 2027.
Nilai Ekonomi dan Kontrak EPCC
Nilai kontrak EPCC bagi setiap projek dianggarkan RM350 - RM380 juta, menjadikan keseluruhan nilai pelaburan sekitar RM700 - RM760 juta.
Kontrak ini dijangka menjana pendapatan berulang tahunan:
Malakoff: RM20 juta setahun bermula 2028.
Solarvest: RM18 juta setahun bermula 2027.
Syarikat Terlibat
Malakoff: Penambahan kapasiti 100MW menjadikan jumlah RE syarikat meningkat kepada 768MW, mencapai 55% daripada sasaran 1.4GW menjelang 2031.
Solarvest: Beralih daripada kontraktor kepada penjana kuasa bebas (IPP), memperkukuh aliran tunai jangka panjang dan meningkatkan kedudukan strategik dalam pasaran tenaga hijau.
Press Metal: Menjamin bekalan tenaga hijau bagi operasi perindustrian aluminium mereka, selaras dengan matlamat ESG.
Berita Harian | Editorial





Comments