top of page

Ditampal selepas tular penunggang motosikal jatuh langgar lubang


Ditampal selepas tular penunggang motosikal jatuh langgar lubang
Ditampal selepas tular penunggang motosikal jatuh langgar lubang

Ditampal selepas tular penunggang motosikal jatuh langgar lubang

KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil langkah segera membaiki jalan berlubang di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) laluan Manjalara-Kepong pada Isnin selepas isu itu tular di media sosial.


JKR menerusi kenyataan di Facebook rasmi memaklumkan, kerja pembaikan telah dilaksanakan pihak utiliti Telekom Malaysia (TM) dengan kaedah tampalan kekal.


"Dimaklumkan bahawa kerja pembaikan dengan kaedah tampalan kekal telah dilaksanakan oleh pihak utiliti (TM) pada pagi hari ini (4 September 2023) jam 2.30 pagi," kata kenyataan tersebut pada Isnin.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

Difahamkan tampalan sementara telah dilaksanakan oleh JKR pada Ahad disusuli pembaikan kekal dilakukan TM sehari kemudian.


Pada Ahad, seorang pengguna media sosial berkongsi video berdurasi satu minit tiga saat yang menasihatkan pengguna untuk berhati-hati menggunakan laluan tersebut.


Individu itu memaklumkan, rakannya yang menunggang motosikal telah terjatuh selepas melanggar lubang berkenaan.


Rakaman video sama turut menunjukkan dentuman kuat daripada sebuah kereta yang melanggar lubang tersebut semasa kejadian.


Sumber: Sinar Harian


Ditampal selepas tular penunggang motosikal jatuh langgar lubang


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page