top of page

DBKL keluar arahan henti kerja projek kondominium J Satine susulan aduan berlaku letupan


Gambar tular keretakan pada struktur Blok C J Satine, Wangsa Maju

KUALA LUMPUR- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan arahan henti kerja bagi pembinaan J Satine di Wangsa Maju manakala tapak bina perlu diselenggara supaya berada dalam keadaan bersih.


Ia susulan keretakan pada struktur shear wall, tiang dan lantai pada unit-unit yang berada di tingkat 8 dan ke atas di Blok C bangunan tersebut.


Arahan tersebut dikeluarkan menerusi notis kepada pihak perunding di bawah seksyen 70B(2), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).


DBKL turut mengarahkan supaya jurutera bebas dilantik bagi   menjalankan   pemeriksaan      integriti    struktur keseluruhan pembangunan J Satine dan mereka mestilah mengemukakan laporan hasil daripada pemeriksaan tersebut.


Pihak berkenaan juga diarah melakukan kerja-kerja rektifikasi berdasarkan syor daripada jurutera bebas.


“Tempoh pemberhentian pembinaan projek (stop work order) adalah berdasarkan kepada pelaksanaan perkara-perkara di atas.


“Punca letupan dan kegagalan struktur belum ditentukan sehingga laporan integriti struktur dikemukakan kepada DBKL.


“DBKL mengambil perhatian serius terhadap insiden yang berlaku. Orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan mengeluarkan kenyataan tidak berasas khususnya melalui saluran media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Untuk rekod, Pada 7 November lalu, pihak DBKL menerima aduan daripada penduduk PPR Wangsa Sari berkaitan suatu letupan telah berlaku di tapak pembinaan J Satine disebabkan kegagalan struktur di Blok C, pembangunan J Satine, Wangsa Maju.


Comments


bottom of page