top of page

Dah korek jalan, turaplah semula


Dah korek jalan, turaplah semula

Dah korek jalan, turaplah semula

SHAH ALAM: Syarikat utiliti perlu mengambil berat aspek penurapan dan baik pulih jalan raya selepas melakukan kerja mengorek bagi penyelenggaraan utiliti.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata syarikat berkenaan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan spesifikasi penurapan jalan bagi memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya.


"Kita menerima banyak aduan daripada pengguna yang mana ada syarikat tidak menjalankan tugas pemulihan semula jalan selepas selesai melakukan penyelenggaraan utiliti.


"Memang ada peraturan apabila jalan itu perlu dikorek untuk peralihan utiliti seperti paip, kabel dan sebagainya.


"Itu dibenarkan dan syarikat berkenaan bertanggungjawab untuk membuat semula jalan dengan kos ditanggung.


"Justeru, saya ingin mengingatkan syarikat utiliti supaya jangan biarkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menanggung masalah selepas mereka membuat kerja," katanya.


Alexander diminta mengulas tindakan syarikat yang melakukan kerja mengorek dan mengambus jalan tanpa spesifikasi, hingga mengganggu kelancaran perjalanan pengguna.


Sumber: Berita Harian


Dah korek jalan, turaplah semula


Comments


bottom of page