top of page

COVID-19: Tapak binaan diarah tutup, selepas ramai pekerja dijangkiti


Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR : Sebuah tapak pembinaan di Ampang yang menjadi lokasi penularan kluster baharu wabak COVID-19 dalam kalangan pekerja asing sudah ditutup.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, berkata langkah itu dibuat selepas kerajaan melihat ada peningkatan kes mendadak di kawasan itu.


"Dua hari berturut-turut kita dapati peningkatan kes positif dan ianya didapati berlaku kepada pekerja asing yang bekerja disebuah tapak pembinaan di Ampang.


"Untuk membendung penularan, maka Kementerian Kerja Raya sudah menutup tapak binaan berkenaan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai PKP di Putrajaya, hari ini.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam memaklumkan, mengesan kluster baharu tapak pembinaan Kuala Lumpur dengan 28 kes positif direkodkan di sana.


Katanya, siasatan awal mendapati kewujudan kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur itu mungkin ada kaitan dengan kluster-kluster lain yang diumum sebelum ini.



18 views
bottom of page