top of page

COO didenda RM2,000 conteng dinding LRT



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Jerman didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menconteng dinding tiang trek Transit Aliran Ringan (LRT), Selasa lalu.


Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman termasuk dua bulan penjara jika gagal membayar denda itu terhadap Simon Bethle, 31, selepas dia mengaku bersalah pertuduhan disabit ke atasnya.


Mengikut pertuduhan, Simon yang bekerja sebagai ketua pegawai operasi di sebuah syarikat produksi filem melakukan khianat dengan menconteng dinding tiang di LRT Stesen Universiti, Brickfields pada jam 1 pagi.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga lima atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, ketika rayuan Simon dalam bahasa Inggeris memohon maaf atas tindakan yang dilakukan dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kesalahan berkenaan.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar yang mengendalikan kes imeminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam itu.


Sumber: Sinar Harian


31 views

Kommentare


bottom of page