top of page

CIDB diarah anjur program khas tangani isu reka bentuk dalaman tidak memuaskan


CIDB diarah anjur program khas tangani isu reka bentuk dalaman tidak memuaskan
Gambar hiasan: Majlis anugerah QLASSIC

CIDB diarah anjur program khas tangani isu reka bentuk dalaman tidak memuaskan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) supaya mengadakan program khas kepada pemain industri bagi menangani isu reka bentuk dalaman kediaman yang tidak memenuhi kehendak pelanggan.


Menteri Datuk Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia susulan aduan yang diterima berhubung perkara berkenaan.


"Saya dimaklumkan di luar sana ada aduan kerja reka bentuk dalaman yang dibuat tidak berapa memuaskan... ada kontraktor tidak diiktiraf dan sebagainya.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Saya dah arahkan CIDB dan mereka dah setuju, dalam masa terdekat ini akan buat satu program, panggil pihak pemain industri yang terdiri daripada kontraktor dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keselamatan dan Kesihatan, Alam Sekitar dan Kualiti anjuran CIDB di sini hari ini.


Selain CIDB, beliau turut mengarahkan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan pihak berkaitan untuk berbincang mengenai isu terbabit.


Mengenai kempen MyJalan yang dilancarkan pada 24 Ogos lepas, Nanta berkata sebanyak 2,201 aduan kerosakan jalan raya diterima dengan 1,086 daripadanya telah disaring dan baki masih dalam proses saringan.


"Daripada jumlah 1,086 aduan yang telah disaring, sebanyak 288 membabitkan jalan persekutuan dan negeri dengan 166 dalam tindakan dan 122 telah diselesaikan (kerja-kerja pembaikan).


"Baki 798 merupakan aduan di luar bidang kuasa kementerian, maknanya jalan-jalan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan sebagainya, (dan) kita bantu untuk memaklumkan kepada pihak yang berkaitan," katanya.


Pada majlis berkenaan, Nanta memaklumkan sebanyak 2,206 projek pembinaan kerajaan dan swasta telah dinilai menggunakan Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) bagi tempoh 2016 hingga 2022 dengan 84 projek berjaya mendapat markah 85 hingga 100 peratus.


Beliau berkata markah purata penilaian QLASSIC telah meningkat pada tahun lepas berbanding 2021, iaitu daripada 73 kepada 76 peratus manakala markah tertinggi sehingga 2022 adalah 90 peratus.


"Program QLASSIC juga telah digariskan sebagai satu penilaian wajib bagi kesemua projek perumahan awam dan swasta melalui Dasar Perumahan Negara (DPN) yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.


"Dasar Perumahan Mampu Milik (DRMM) yang dikeluarkan oleh kementerian sama juga telah mewajibkan penilaian QLASSIC dilakukan terhadap semua projek perumahan mampu milik di seluruh negara," katanya.


Bagi penilaian Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC) pula, beliau berkata sebanyak 1,200 projek telah dinilai meliputi 946 projek swasta dan 254 projek kerajaan bagi tempoh sama.


Sumber: Astro Awani


CIDB diarah anjur program khas tangani isu reka bentuk dalaman tidak memuaskan


7 views

Comments


bottom of page