top of page

Binaan benteng punca banjir terburuk di Pasir Mas, Rantau Panjang?


Benteng banjir Pasir Mas, Rantau Panjang
Walaupun rumah dibina agak tinggi di Kampung Tersang. kesan banjir menunjukkan kediaman ini turut ditenggelami banjir.

Benteng banjir Pasir Mas, Rantau Panjang

PASIR MAS – Penduduk daerah ini dan pekan Rantau Panjang khususnya mendakwa pembinaan tidak bersistem benteng banjir Sungai Lanchang Lemal, sebagai punca kawasan mereka dilanda banjir paling teruk dan terburuk Disember lalu.


Benteng sepanjang kira-kira 20 kilometer itu dibina bermula dari Kampung Tersang di Sungai Lanchang melalui Sungai Lubok Jong ke Kampung Rengas dekat Danau Tok Uban, Pasir Mas.


Pembinaan benteng itu adalah sebahagian daripada Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu bagi Sungai Golok (KESBAN) yang melibatkan kos RM656 juta dan dijangka siap tahun 2024.

Benteng banjir Pasir Mas, Rantau Panjang
Projek KESBAN yang tidak sistematik dikatakan punca utama penduduk Pasir Mas dan pekan Rantau Panjang berdepan banjir paling buruk Disember 2022.

Namun, dalam tempoh pembinaan itu yang masuk musim tengkujuh baru-baru ini menyebabkan air Sungai Lubok Jong, Sungai Pengkalan Teluk dan Sungai Lanchang melimpah melebihi paras bahaya apabila hujan lebat selama dua hari.


Limpahan itu mengakibatkan kawasan sekitar Bandar Baru Lubok Jong, Kampung Paloh, Kampung Serrunga, Kampung Tersang, Gual Periok, Kampung Kubang Kual di Pasir Mas dan pekan Rantau Panjang terjejas teruk.


Turut terjejas, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas (PTJPM), Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Sekatan Jalan Raya 24 jam Cabang Empat Salam, Rantau Panjang.


Penduduk juga mendakwa pembinaan benteng itu secara tidak langsung telah menutup laluan air semula jadi yang sepatutnya mengalir ke kawasan rendah apabila hujan lebat.

Benteng banjir Pasir Mas, Rantau Panjang
Benteng tebatan banjir yang dibina sebelah kanan tebing Sungai Lanchang di Kampung Tersang sejauh 20 kilometer ke Kampung Rengas.

Namun, dalam tempoh pembinaan itu yang masuk musim tengkujuh baru-baru ini menyebabkan air Sungai Lubok Jong, Sungai Pengkalan Teluk dan Sungai Lanchang melimpah melebihi paras bahaya apabila hujan lebat selama dua hari.


Limpahan itu mengakibatkan kawasan sekitar Bandar Baru Lubok Jong, Kampung Paloh, Kampung Serrunga, Kampung Tersang, Gual Periok, Kampung Kubang Kual di Pasir Mas dan pekan Rantau Panjang terjejas teruk.


Turut terjejas, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas (PTJPM), Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Sekatan Jalan Raya 24 jam Cabang Empat Salam, Rantau Panjang.


Penduduk juga mendakwa pembinaan benteng itu secara tidak langsung telah menutup laluan air semula jadi yang sepatutnya mengalir ke kawasan rendah apabila hujan lebat.

Benteng banjir Pasir Mas, Rantau Panjang
Sabri Ya hanya sempat menyelamatkan sebahagian kecil barangan keperluan rumah ketika air naik mendadak dan menenggelamkan rumahnya di Kampung Bawah Lembah, Gual Periok baru-baru ini.

Penduduk Kampung Bawah Lembah, Gual Periok, Sabri Ya, 49, berkata, air sungai yang melimpah itu menenggelamkan rumahnya hampir paras bumbung dalam masa enam jam.


Katanya, keadaan itu memaksa dia dan tujuh ahli keluarga berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Periok pada hari pertama kejadian.


“Limpahan air Sungai Golok melalui Rantau Panjang bertembung dengan air Kalbok 5 yang tidak boleh mengalir turun ke Lanchang menyebabkan kami cemas dan takut,” katanya yang tinggal selama 16 hari di PPS itu.


Kata Sabri, kali terakhir dia berdepan kejadian banjir paling buruk dan teruk ialah pada tahun 2014, yang mana ketika itu benteng belum lagi dibina.


Sementara itu, seorang ibu tunggal, Hasmah Che Kob, 67, dari Kampung Tok Deh pula terpaksa mengharungi air seorang diri sedalam kira-kira satu meter untuk ke PPS SK Gual Tok Deh.


”Saya hanya bawa beberapa helai baju, redah air sejauh 600 meter baru jumpa tebing jalan belakang rumah. Saya pindah awal kerana takut dengan kejadian banjir yang berlaku Februari tahun lalu berulang lagi.

Benteng banjir Pasir Mas, Rantau Panjang
Panel kaca terapung di permukaan Danau Tok Uban dipercayai untuk projek tenaga solar yang menjadi punca air danau ini mengalir perlahan.

Seorang lagi penduduk Kampung Bukit Peroh yang mahu dikenali sebagai Jafri, 65, berkata, rumahnya yang berhampiran pusat peranginan Danau Tok Uban juga ditenggelami air sedalam satu meter.


Menurutnya lagi, air limpahan danau yang kebiasaannya mengalir ke Sungai Lemal dan Sungai Lubok Jong kali ini agar pelik kerana mengambil masa lama untuk surut.


“Biasanya satu atau dua malam banjir akan surut, tetapi kali ini sampai tiga malam baru air keluar, tapi mengalir secara perlahan.


“Ini berlaku disebabkan panel kaca projek tenaga solar yang diletakkan terapung di permukaan danau itu sejak dua tahun lepas.


“Kami cuba memasuki kawasan itu, tetapi dihalang beberapa pengawal yang meletak penghadang di laluan masuk. Apabila ditanya, mereka kata kawasan ini sudah dua tahun ditutup kepada orang ramai dan merupakan kawasan larangan,” katanya.


Manakala penduduk Rantau Panjang, Ferosdi Rashid, 56, pula berkata, projek tebatan banjir itu mula dibina sekitar pada akhir 2018.


Berdasarkan maklumat, pelaksanaannya mengguna pakai Penilaian Kesan Alam Sekitar 1993 ketika kawasan tersebut belum lagi dibangunkan.


“Sekarang sudah ada macam-macam, Bandar Baru Pasir Mas, kawasan perumahan, premis perniagaan dan lain-lain lagi.


“Pembinaan KESBAN fasa dua nanti hendaklah mengambil kira semua aspek, jangan pula apabila sudah siap, kawasan ini menjadi kolam pada musim tengkujuh.


“Benteng fasa satu yang hampir siap menyaksikan kawasan terjejas menjadi kolam takungan, hanya selepas benteng itu pecah, air surut dengan cepat kerana aliran air kembali kepada asal walaupun paras air Sungai Golok masih tinggi,” katanya.


Menurut beliau, penduduk pekan Rantau Panjang sudah biasa dengan banjir kerana lebih 50 tahun keadaan itu tidak pernah berubah, tetapi sejak projek KESBAN dibina, banjir makin teruk.


Ferosdi merayu kerajaan mengkaji semula pembinaan fasa dua benteng itu supaya banjir tidak lagi menjadi satu trauma kepada penduduk sekitar, yang bukan sahaja harta benda hilang dan musnah, tetapi turut mengancam nyawa.



5 views

Comments


bottom of page