top of page

Bina Puri dapat kontrak JKR bernilai RM72.85 juta


Bina Puri dapat kontrak JKR bernilai RM72.85 juta
Bina Puri Holdings Bhd

Bina Puri dapat kontrak JKR bernilai RM72.85 juta

KUALA LUMPUR: Syarikat usaha sama 49 peratus milik Bina Puri Holdings Bhd, Chun Yang Bina Puri (JV) Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM72.85 juta daripada Tokoh Ilham Sdn Bhd bagi projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) di Mukah, Sarawak.


Syarikat pembinaan itu berkata kontrak selama 24 bulan, yang dijangka siap pada suku ketiga 2025, membabitkan kerja-kerja subkontrak di Jalan Kampung Medong/Lebrasau/Kampung Klid, Daerah Dalat di Mukah, Sarawak.


"Kontrak ini mengesahkan rekod kecemerlangan Bina Puri dalam industri pembinaan, serta komitmen kami untuk menyampaikan hasil berkualiti tinggi dalam setiap projek," kata Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Matthew Tee dalam satu kenyataan hari ini.


Melangkah ke hadapan, Bina Puri berkata syarikat akan terus membina asas pendapatan berulang yang kukuh, melalui gabungan projek antarabangsa dan tempatan.


Pada masa ini, kumpulan itu mempunyai nilai perolehan kontrak sebanyak RM1.5 bilion untuk segmen pembinaan dan hartanah.


Sumber: Berita Harian


Bina Puri dapat kontrak JKR bernilai RM72.85 juta


23 views
bottom of page