top of page

Bina jalan kualiti lebih baik melalui konsesi


Bina jalan kualiti lebih baik melalui konsesi
Gambar hiasan: Menara KKR

Bina jalan kualiti lebih baik melalui konsesi

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya digesa membuat kajian perbandingan pembinaan dan pembaikan jalan di seluruh negara antara Malaysia dan Thailand.Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkata bahawa jalan di Thailand dikatakan lebih baik daripada jalan di Malaysia.


“Ini penting bagi memastikan kerajaan tidak perlu menghabiskan perbelanjaanyang banyak bagi membaiki jalan-jalan rosak di seluruh negara.


“Khususnya melalui konsesi apabila dapat membina jalan dengan kualiti yang lebih baik, dan juga membaiki jalan dengan kaedah yang jimat dan berkualiti,” ujar beliau.


Abdul Latiff mengemukakan perkara tersebut semasa mengambil bahagian berucap dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat, di sini, sebentar tadi.


Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam jawapannya berkata tiada perbandingan yang tuntas antara jalan di Malaysia dan di Thailand.


“Tetapi sebagaimana yang telah saya sebut pagi tadi bahawa kita sentiasa memantau jalan dan segala permasalahan akan kita laksanakan sebaik mungkin.


“Yang menjadi masalah kita ialah kekurangan peruntukan sepanjang lima tahun kita melaksanakan RM3.3 bilion untuk menurap semula jalan-jalan Persekutuan.


“Tetapi kita kekurangan lagi RM3.3 bilion. Rakan saya Menteri Kewangan II ada duduk sebelah kiri ni.


“Insya-Allah pada 2025 perbelanjaan itu kemungkinan boleh ditambah untuk penyelenggaraan jalan-jalan supaya jalan-jalan kita setanding dengan jalan-jalan di peringkat antarabangsa,” jawab beliau.



Bina jalan kualiti lebih baik melalui konsesi

bottom of page