Bila nak siap ni...


SHAH ALAM - Keadaan jalan yang tidak sempurna serta sesak disebabkan kerja-kerja naik taraf di bulatan Bukit Kemuning di sini meresahkan sebahagian besar pengguna jalan raya di kawasan terbabit.


Apa yang merumitkan ketika waktu puncak dimana kenderaan sesak sehingga memberikan kesan kepada pengguna.


Penunggang motosikal, Zuhdi Baharom,29, berkata, keadaan jalan yang bertampal sekali gus memberikan kesan perjalanan.


"Saya tinggal di Jalan Kebun dan bekerja di Shah Alam, memang setiap hari perlu melalui jalan ini, dulu waktu awal tengah buat, rasa legalah sebab jalan jadi luas.


"Tapi lain pula yang jadi, jalan tak siap, keadaan jalan pula teruk, bertampal, bila tunggang motosikal memang rasa sangat bahaya bila langgar lubang," katanya.


Pengguna jalan raya berharap agar kerja naik taraf ini dapat disiapkan segera.


Katanya, pihak bertanggungjawab seharusnya menyegerakan kerja-kerja penaiktarafan jalan ini.


"Dulu, kawasan ini tak ramai orang, tapi pertambahan penduduk, keadaan jalan jadi sesak, tambahan pula dengan lori yang banyak, jadi memang perlu jalan di bulatan ini segera dinaik taraf.


"Saya harap pihak berkaitan dapat lihat secara serius akan perkara ini, kalau dibiarkan akan beri kesan kepada pengguna jalan raya di sini," katanya.


Penduduk, Maslan Hassan, 34, berkata, keadaan bertambah buruk terutamanya pada waktu kemuncak.


"Memang sangat sesak, terutamanya pada waktu pagi dan petang, kemuncak waktu orang pergi dan balik kerja, jadi kalau nak lalu sini memang kena keluar awal dari rumah.


Keadaan jalan di bulatan Kota Kemuning yang sedang dinaik taraf.


"Sekurangnya kalau siap kerja naik taraf jalan di bulatan ini kelak ia akan memudahkan urusan bukan sahaja pengguna jalan dari luar yang menggunakan jalan di bulatan ini, malahan juga kepada penduduk tempatan, jadi saya mohon segerakanlah," katanya.


Terdahulu, pada 2 Mac lalu, kontraktor yang bertanggungjawab bagi pelebaran jalan raya tetapi lewat disiapkan di bulatan pertama di Kota Kemuning, Shah Alam, perlu membayar RM715 sehari sehingga tugas itu selesai.


Memetik laporan media tempatan, Pengarah Kejuruteraan MBSA, Cheremi Tarman, berkata, kerja-kerja hanya 75 peratus selesai walaupun tarikh dipanjangkan hingga 27 Februari.


"Syarikat itu diberikan lanjutan selepas gagal mematuhi tarikh asal penyempurnaan, iaitu pada 10 September tahun lepas," katanya.


Sumber: Sinar Harian


#evolusibina #ShahAlam #MBSA

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.